Monday, March 16, 2009

Pulau Sapi


View cantik. Snorkling pun best.

Pulau Sapi


Snorkeling pulau kedua. Tempat ni air lebih jernih dr manukan. Cuaca hujan buat air kurang jernih.

Atas boat


Dlm perjalanan ke pulau2 taman tunku abd rahman.

Jeselton


Tengah tunggu boat utk snorkling pulau manukan, mamutik dan sapi. 8.00am

Tanjung Aru


Makan malam. Ikan bakar. Kawasan tepi pantai. 15.3.09

Sunday, March 15, 2009

Pendaki yg sampai puncak


Fadlin dan samsudin. 2 dari 4org yg berjaya sampai puncak. 6org lg xberjaya. Skrg dlm perjalanan turun melalui kawasan taman bonsai yg cantik.

Laban Rata restoran


Semua berjaya sampai jam 5.00pm.

Pondok Vilosa


Lagi 1km lg untuk ke laban rata. Hujan lebat..

Saturday, March 14, 2009

Pondok mempening


Lg 2.5km lg hendak sampai ke laban rata. Skrg 1.00pm

Kinabalu park


Sudah siap sedia untuk mendaki

Lavender lodge


Hotel sangat selesa. Sarapan turut disediakan. Bru betolak ke kinabalu park jam 7.30am.

Tengah sarapan


Sarapan sblm bertolak.

Friday, March 13, 2009

13.3.09 airport lcct


Semua peserta tengah boring. Tunggu di balai berlepas 9.25pm

Sifu Rosli




Tengah khusyuk beri tips makro shooting menggunakan lens AF Micro Nikkor 105mm

En rosli tengah bg last tip sblm g kinabalu



Tuesday, March 10, 2009

Kem Adventure Fotografi IKBN PERTAK 4-5 April 2009

Tarikh : 4-5 April 2009- Sabtu-Ahad (2hari 1malam)
Tempat : IKBN PERTAK Kuala Kubu Baru Selangor

Bilangan Peserta : 44 orang (anggaran)

Aktiviti
Bicara Foto
-Kuliah ilmu fotografi

Kembara Foto
-Peserta akan trekking dan di setiap cekpoint peserta akan diberi tugasan mengambil gambar yang menepati dengan tema yang diberi.

Aktiviti Lasak
-Larian Halangan
-Flying Fox

Persembahan Kumpulan
Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Diakhir program peserta akan membuat pesembahan tugasan yang diberi.

Hadiah
Persembahan terbaik kumpulan
Gambar Foto Terbaik individu

Yuran Penyertaan
Orang Luar : RM190
Ahli Kelab Foto : RM160

Peserta akan disediakan dengan
1. Kenderaan : Bas dari HUKM ke IKBN Pertak
2. Penginapan dan makanan
3. Fail kursus
4. Sijil
5. T-shirt

Marilah beramai2 menyertai program ini, disamping menimba ilmu fotografi kita sama2 dapat berkenalan dengan rakan2 baru dan dapat enjoy aktiviti yang disediakan.

Program ini anjuran Kelab FotoHUKM dengan kerjasama Perunding Program (RHS Management Service sdn bhd)

Kepada yang berminat boleh beri nama dan buat bayaran. Sebarang persoalan boleh diajukan kepada emailkan berikut : fotohukm@gmail.com

Atau hubungi terus
1. En. Hasnan (Jurufoto HUKM) (013-2552641)
2. En. Omar (017-3258930)

Friday, March 6, 2009

Kinabalu FotoHunt 13-16 March 2009


Foto by : Mydy
Camera : Nikon D40
Tarikh : 7-11 Ogos 2007

Foto by : Syafik
Camera : Olympus
Tarikh : 7-11 Ogos 2007


Pada tanggal 13-16 March 2009 akang datang. Seramai 10 orang ahli kelab Fotohukm akan berlepas ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu, Gunung yang tertinggi di asia tenggara. Dibawah anjuran kelab Fotuhukm. Kepada ahli2 yang lain mahupun pembaca setia blog ini, anda semua boleh melihat aktiviti Kinabalu Fotohunt secara realtime. Dimana gambar akan di MMS terus kedalam blog. oleh itu anda semua boleh mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari masa ke semasa bermula 13 march ini.

Wednesday, March 4, 2009

Trekking Gunung Nuang 8 March 2009 (Ahad)

Kelab Mendaki akan mengadakan trekking ke Gunung Nuang secara daypack sampai ke kem pacat shj.
kepada yang berminat boleh klik link ini untuk maklumat lanjut.

kakidaki.blogspot.com

Bagi peserta kinabalu Fotohunt yang akan bertolak 13 March 2009 ini. Trekking ke Gunung Nuang ini adalah perlu sebagai latihan akhir sebelum bertolak kesana. di harap peserta kinabalu dapat turut serta.

Berikut adalah peserta yang telah pergi pada 8.3.09 yang lepas

Dari kiri : Prof Dr Moktar Abu Bakar (Ketua Jabatan JPMD), Siti Hawa, Kawan Haris, Haris (anak Prof) Alif, Fadlin, Fauziana, Nor Muslim, Syafik, Hamydy.

Monday, March 2, 2009

FotoHunt SunRise at Bukit Tabur

Berikut adalah gambar2 yang berjaya di rakam semasa aktiviti mengejar matahari terbit di bukit tabur 28 feb 2009 yang lepas.

Foto by : Dr Muttaqillah
Camera : Nikon D300

Foto by : Dr Arief
Camera : 40D
Lens :
Software : Adobe photoshop

Foto by : Izwan
Camera : Canon 400D
Lens : Tamron 17-50

Foto by : Mydy
Camera : Nikon D40

Foto by : Anuar
Camera : Canon 400D

Group Foto : 13 org semuanya.
Berdiri kiri: Dr Muttaqillah, Aziah, Jun, Pae, Anuar, Dr Arief, Kamarul,
Duduk Kiri: Iwan, Dewi, Helmi, Syafik, Mydy
Yg Tiada : Hamdzan (terpaksa balik awal kena kerja kul 8.00am)

Dr Muttaqillah sedang memberikan penerangan dalam keadaan berpeluh satu badan setiba sahaja di puncak.


Gelagat ahli-ahli kelab (macam2 gaya ada)

Makan Roti canai.
Dr Arief tengah khusyuk memberi penerangan dan tips berkenaan camera canon.
Dr Muttaqillah Juga khusuk memberi penerangan dan perbincangan ilmu foto.

**Pengalaman tambahan - Dr Muttaqillah kehilangan kunci keta semasa di warung, nasib baik jumpa balik selepas berjam2 cari. :)

Pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih pada Dr Muttaqillah dan Dr Arief diatas perkongsian ilmu yang telah diberikan. semoga ahli2 kelab yang hadir dapat memanfaatkan ilmu tersebut dan mengembangkan lagi kemahiran masing2.

Jika anda ingin melihat gambar lain dari Dr Muttaqillah, Dr Arief, Syafik, hamzan, mydy boleh klik pada link flickr ahli.

Bagi ahli kelab yang sudah ada akaun flickr boleh emailkan addresnya pada fotohukm@gmail untuk diletakkan linknya.

kepada ahli2 lain sila berikan gambar terbaik anda untuk dimasukkan dalam blog. Boleh Email pada fotohukm.blogspot.com atau bari terus pada en. Hamydy.

Wednesday, February 25, 2009

Pertandingan Fotografi Anjuran Kolej Tun Syed Nasir UKM


Pihak penganjur telah menjemput kelab untuk menyertai pertandingan foto tersebut. Maklumat lanjut boleh klik link dibawah ini.
http://karnival4kl.blogspot.com/search/label/fotografi

Komen pada "SunRise FotoHunter"
"Anonymous said...
saya wakil program pertandingan fotografi 4kl ingin menjemput pihak tuan untuk menyertai pertandingan yang akan di adakan pada 1 mac 2009 di tasik titiwangsa pada pukul 8pagi-4 petang. yuran amat berpatutan. tema joy and laughter. hadiah menarik menanti. datanglah beramai-ramai sebagai tanda sokongan anda kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM. untuk maklumat lanjut sila layari http://karnival4kl.blogspot.com
February 24, 2009 6:02 PM"

Monday, February 23, 2009

SunRise FotoHunter


Kelab telah merancang aktiviti Landscape fotografi pada tarikh berikut:

Tema : Sunrise foto shoot
Tarikh : 28 Februari 2009 (sabtu)
Tempat : Bukit Tabur
Masa : 6.00 pagi (Sebelum Matahari Terbit)

Pengajar : Dr Mutaqillah - Microbiologi

Tentative Program
5.30am - Berkumpul di HUKM
5.40am - Bertolak ke bukit tabur
6.00am - Tiba
6.10am - Solat subuh
6.30am - Mendaki sedikit je ke kawasan tempat kaki foto lepak.
7.00am - Mula Shoot matahari terbit.
7.30am - Turun
8.00am - Perbincangan ringkas ilmu fotografi sambil Sarapan pagi kat pekan Taman Melawati.
- Bersurai

Kepada yang berminat sila beri nama secepat mungkin.
sms pada hamydy 013 2383464

Peserta
1. Dr Mutaqillah - Microbiologi
2. Abd Hamydy - JPMD
3. Junhaida - Umbi
4. Syafiq - Farmasi
5. Anuar - Mikrob
6. Izwan - JPMD
7. Dr Arief - Surgery

Bukit Tabur FotoHunt 2009


Bukit Tabur

Ahli Kelab Fotohukm tengah sarapan di puncak Bukit Tabur, semua sekali 8org. dari kiri Helmi, Hamzan, Fadlin, Steward, Kamarul, Izwan, Arif dan Hamydy.

Antara Gajet yang dibawa ialah Nikon D40, Canon 400D, Canon S3, Sony alpha 200, Olympus miu795, HTC, Sony Cyber shot.

Ketinggian puncak Bukit Tabur menunjukkan 444.5m dari paras laut.

Kepada peserta bukit tabur harap dapat emailkan gambar terbaik anda beserta dengan kamera detail yang anda gunakan sekali, untuk dimasukkan kedalam blog secepat mungkin. emailkan pada fotohukm@gmail.com


Pengalaman tambahan : semasa hendak balik dan singgah makan cendol kami tersalah jalan, menyebabkan polis peronda nampak pelik, dan kami ditahan untuk soal siasat. tapi semua lepas. nasib baik la.



Foto Terbaik Peserta

1. Foto by : Iszuan
Kamera : DSLR Canon 400D
Lens : Tamron 17-50mm

2. Foto by : Helmi Baba
Kamera : Digital Canon S3

3. Foto by : Hamydy
Kamera : Olympus miu795
Model : Steward

4. Foto by : Hamzan
Kamera : Sony DSC T100

5. Foto by : Steward
Kamera : Sony alfa 100
Lens : Kit Lens
Other : Polarizer

Tuesday, February 17, 2009

Kursus Pengucapan Awam Di Melaka

Berikut Adalah Gambar yang diambil menggunakan kamera NIKON D60, Semasa menghadiri kursus pengucapan awamdan pengacaraan majlis di melaka baru2 ini (6-8 Feb 2009)
aizat
Model : Aizat
Kamera : Nikon D60 Milik Khanif
Photo By : Mydy

farah & Suria
Model : Farah & Suria
Kamera : Nikon D60 Milik Khanif
Photo By : Mydy

Monday, February 16, 2009

Memburu Suria Pagi Di Bukit Tabur


Bukit Tabur
Terletak di Taman Melawati, cuma 30 minit perjalanan dari KL melalui MRR2. Kawasan ini menjadi tempat riadah dan kawasan treking para pengunjung dan juga kaki2 foto yang datang seawal 6.30 pagi untuk mengambil gambar matahari terbit. Pada hujung minggu tempat ini menjadi tumpuan orang ramai yang datang mandi manda dan juga trekking. Masa yang diambil untuk mendaki naik cuma 1jam 30 minit, manakala mendaki turun dalam masa 1jam.

Wakil Krew kelab foto berkesempatan pergi ke Bukit Tabur pada 14 Feb 09 untuk memburu matahari terbit.

Berikut adalah antara gambar yang berjaya diambil.

Inilah Pot tempat kaki foto menunggu matahari terbit, Pemandangan dari sini sememangnya cantik. Kabus awal pagi seolah2 kita berada diatas awan dan dari sini juga dapat lihat kawasan empangan klang gate dan juga KLCC.

Bukit tabur menjadi lokasi anak2 muda dan juga kaki foto datang pada malam tahun baru setiap tahun bagi menyaksikan Persembahan Bunga api yang di mainkan di kawasan KLCC yang jelas kelihatan. Tapi pemandangan jelas KLCC sering di halang oleh Kabus, jika hendak shoot KLCC dengan jelas adalah seelok2nya selepas hujan.

Dari sini jelas kelihatan UIA
Setelah penat trekking pengunjung boleh bermandi manda disini.

Inilah Taman Rekreasi Empangan Klang Gate.

Kelab Foto Bercadang Untuk Pergi Lagi sekali pada tarikh berikut:

Tarikh : 21 Februari 2009 (sabtu)
Masa : 8.00pagi
Tempat Berkumpul : HUKM
List Nama
1. Steward Lindong JPMD
2. Hamydy JPMD
3. Mohd Arif B. Alias
4. Mohd Fadlin Mender
5. Helmi Baba JPMD
6. Kamarul
7. Hamzan Ortopedik
8. Izuan