Thursday, February 21, 2008

Sejarah Fotografi Kekal


Sejarah Fotografi Kekal

Fotograf kekal yang pertama berjaya dihasilkan pada tahun 1826 oleh seorang pereka perancis yang bernama Joseph Nicéphore Niépce (1765–1833) yang dibagunkan hasil penemuan Johann Heinrich Schultz (1724) dimana campuran perak dan kapur menjadi gelap akibat pendedahan cahaya. Gambar yang pertama berjaya dihasilkan oleh Joseph Nicéphore Niépce yang diberi nama Heliograph ini memerlukan pendedahan kepada cahaya yang lama iaitu selama 8 jam dan menghasilkan gambar yang mempunyai 2 pantulan cahaya matahari. Kemuadiannya Joseph Nicéphore Niépce dan Louis Daguerre (1787 –1851)
telah mengkaji proses ini dengan lebih mendalam, hasilnya selepas kematian Niépce, Daguerre telah menghasilkan penemuan bahawa dengan pendedahan perak terlebih dahulu kepada iodine yang meruap sebelum pendedahan kepada cahaya (ambil gambar) kemudiannya dedahkannya kepada asap merkuri (selepas ambil gambar) akan menghasilkan imej pendam, selepas di rendam plat perak tu kedalam larutan garam akan memperlihatkan gambar yang diambil. Formula ini akhirnya menjadi teknik daguerreotype yang amat terkenal selepas tu.

Teknik daguerreotype ini ada kelemahanya, terutama kesukarannya untuk mengambil gambar, yang berjaya sahaja di proses dan ia tidak boleh di cetak semula. Disebabkan prosesnya yang sukar dan kurang praktikal, banyak pengkaji2 lain cuba untuk mencari dan menghasilkan proses yang lebih mudah. Tidak lama selepas gambar pertama Nicéphore Niépce (1826) berjaya dihasilkan, maka selepas itu terhasil pula pelbagai jenis kaedah dan proses, antaranya seperti proses collodion pada tahun 1848 menggunakan cetakan pada kertas albumin dan proses gelatin pada tahun 1871, adaptasi dari proses gelatin ini telah menghasilkan fotograf hitam putih sehinggalah penemuan fotograf warna.

Fotografi warna bermula dengan dengan hasil eksperimen oleh John Herschel keatas eksperimen Anthotype pada 1842, and Lippmann plate pada 1891. fotograf warna kemudiannya mula terkenal pada tahun 1903 apabila Autochrome Lumière di perkenalkan. Kemudianya teknik ini digantikan dengan Kodachrome, Ilfochrome yang lebih transparent (seperti slaid projektor). Tetapi cetakan gambar berwarna hanya popular selepas negatif Chromogenic diperkenalkan.
Sumber : pelbagai