Tuesday, January 29, 2008

Halaman Rasmi Kelab Fotografi HUKM

Salam sejahtera untuk semua,

Pada 25/01/08 12:39 pihak Pusat Teknologi Maklumat HUKM (PTM) telah meluluskan permohonan Kelab Fotografi HUKM untuk memiliki laman web rasmi di Portal HUKM.


Terima kasih diucapkan kepada pihak PTM di atas segala kerjasama yang telah dan akan diberikan kepada kami.


Berikut adalah urlnya http://foto.hukm.ukm.my


Halaman tersebut masih dalam pembinaan. Idea serta cadangan adalah amat diperlukan.Selain itu jika ada ahli yang mahir di dalam pembinaan web dan penghasilan grafik bolehlah menyumbang tenaga di dalam menghasilkan sebuah laman web yang menarik agar dapat memaparkan maklumat yang terkini dengan lebih berkesan dan jelas.

Segala idea dan cadangan serta sebarang sumbangan grafik bolehlah di email ke email berikut fotohukm@gmail.com


Terima kasih.