Thursday, September 24, 2009

Bengkel Fotografi Profesional 15 Oktober 2009



Pusat Usahawan Mara Wilayah Persekutuan (PUSMA WP) akan menganjurkan Bengkel Fotografi Profesional di Dewan PUSMA WP pada 15 Oktober 2009
PENDAHULUAN
Aktiviti fotografi bukanlah perkara asing lagi. Ramai telah mampu memiliki kamera. Berkemahiran dengan fotografi masakini merupakan satu bonus kepada aktiviti seharian, samaada urusan pejabat mahupun pribadi.

Justeru ini PUSMA WP dengan kerjasama Akademi Fotografi Profesional menganjurkan Bengkel Fotografi Profesional untuk membimbing dan membina keprofesionalisme bidang fotografi anda.

Peserta akan didedahkan aspek-aspek penting dalam usaha pembikinan foto yang berkualiti dan meningkatkan kefahaman serta kemahiran fotografi.

OBJEKTIF
• Menerangkan tentang fungsi utama kamera dan perkakasannya.
• Memberi panduan bagaimana untuk menilai akan kualiti hasil foto.
• Membantu peserta untuk memaksimunkan cara-guna kamera.

PENYERTAAN
• Terbuka kepada mereka yang berminat dalam bidang fotografi
• Terhad kepada 50 perserta sahaja (first come first serve)
• Keutamaan kepada mereka yang memiliki kamera

Schmidt Marketing (M) Sdn Bhd, pembekal peralatan fotografi profesional buatan Jerman serta fasilitator yang berketrampilan akan membantu peserta sepanjang bengkel ini.

Yuran penyertaan RM 60.00 hendaklah disampaikan kepada;

Pusat Usahawan Mara
Tkt 2. Medan Mara
Jalan Raja Laut. KL
Tel 03 2691 5111 samb 3421 / 3419
019 3619490

*Tertakluk pada perubahan dan syarat penyertaan
Bagi ahli kelab Fotohukm sila bagi nama untuk daftar sekali atas nama kelab fotohukm..
Ahli Kelab Fotohukm dapat diskaun. Cuma bayar RM50 sahaja.. tetapi pendaftaran adalah melalui kelab FotoHukm

No comments: