Thursday, June 26, 2008

Pameran Fotografi Kamaruddin M. Said

Pameran Fotografi Kamaruddin M. Said [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa pameran ini dianjurkan oleh Yayasan Canselor UKM dengan kerjasama Yayasan Jepun di Kuala Lumpur. Aktiviti ini melibatkan pameran dan penjualan foto hasil karya Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Kesemua foto yang dipamerkan bertemakan keindahan alam (semulajadi atau gubahan manusia) di Malaysia dan Jepun. Sehubungan itu, majlis perasmian pameran ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Julai 2008 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Bankuasi, Aras 2, Bangunan Canselori, UKM Bangi
Tajuk Pameran: Poetic Moments: Lyrical Photographs of Malaysia and Japan

Sila klik untuk atur cara penuh.
Semua warga UKM dijemput hadir.
(ewarga/bul/bil.26062008-68)

No comments: