Saturday, March 22, 2008

Gambar Bengkel Foto asas 2

Bertarikh 22 march 2008
Bertempat di dewan kuliah 2 Blok Pendidikan HUKM, Jam 8.30am-12.00pm


Penceramah En Abas sedang memberikan ceramah,


Bengkel kali ini banyak input yang diperolehi, bermula dari teknikal camera hinggalah ke seni dan teknik memotret gambar yang betul telah diajarkan oleh en Abas.

Antara rumusan yang boleh disimpulkan adalah seperti berikut:
1. Teknikal Kamera - Shuter, apature, beza antara CCD dan CMOS, Perbezaan Pixel
2. Printing - DPI yang sesuai untuk saiz ambar yang hendak dicetak atau utk display
3. Teknik Komposisi Gambar yang betul- teknik rule of third, Center , S dan focus of interest.
4. Perbezaan kebaikan dan kelebihan antara Kamera Nikon, Canon, Sony, Olympus, fuji
"semua kamera adalah bagus bergantung pada penggunaannya"
5. Teknik Memegang kamera yang betul.


sebenarnya banyak lagi lagi ilmu yang en Abas ajar, cuma tak dapat nak citer semua la, kena datang sendiri la untuk bengkel2 akan datang. mana nak dapat ilmu macam ni kat luar sana hanya dengan bayaran Rm10, so rugila pada sapa yang tak dapat datang.

Di hujung bengkel, Ada peserta yang menayangkan gambar 'Foto Kawin' untuk dikomen oleh en. Abas.

Cadangan untuk Kemajuan Kelab

Ahli2 dicadangkan untuk membuka Akaun http://www.flickr.com/ , Flickr ini bagus kerana kerana kita dapat upload kan gambar kita dan boleh dikomen oleh semua ahli, gambar yang di uploadkan tidak di resize, so boleh diprint semula dengan kualiti asal.

Untuk membuka akaun Flickr bagi yang telah ada email yahoo lagi senang boleh upgrade terus dari Flickr tak perlu daftar baru.


Bagi Ahli yang telah mempunyai akaun Flick boleh la beri adressnya untuk di add pada links blog.

Kelab merancang untuk Menghasilkan Buku Bergambar HUKM oleh itu semua ahli dan kakitangan HUKM boleh menghantarkan gambar tentang HUKM dari pelbagai sudut dan perspektif kepada futohukm@gmail.com bersama biodata diri anda.

sekian.

No comments: