Tuesday, January 22, 2008

Nikon D40/D40X Workshop 20 Jan 2008

Untuk makluman anda semua pada 20 jan lepas saya lelah mengikuti workshop khas untuk kamera Nikon D40/D40X yang telah diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) Bukit Kiara dari jam 9am-5pm, Workshop ini ditaja sepenuhnya oleh Nikon, peserta hanya perlu membayar RM20 sahaja untuk pendaftaran. Seramai 30 org peserta telah terpilih seluruh semenanjung Malaysia dan dibuat dua sesi, sesi pertama 19 Jan dan sesi kedua 20 Jan. Saya rasa bertuah sangat sebab terpilih, ini kerana saya dah tunggu sekian lama jugak untuk mengikuti bengkel tersebut semenjak membeli Nikon D40.

Sebenarnya Nikon banyak buat wokshop khas untuk setiap model2 keluarannya seperti D80, D200 dan lain2 lagi. Wokshop ini dikendalikan oleh Nikonian Academy. Selain wokshop khas bagi model kamera, sebenarnya Nikonian Academy mempunyai banyak lagi workshop2 khas yang dikenakan bayaran sekitar RM250 – 400.

Saya ingin berkongsi sikit-sebanyak ilmu yang diperolehi di workshop tersebut. Pertama sekali apabila kita ingin mengambil gambar bukanlah jenis kamera ataupun jenama kamera itu yang penting tetapi bagaimana caranya kita merakam gambar itu yang penting.

Rule of Third
Ini adalah prinsip asas yang wajib semua orang kena tahu sebelum shoot gambar. Subjek tidak boleh diletak ditengah sebaliknya pada bahagian rule of third. Tetapi kadang2 kita boleh melanggar rule ini jika shoot untuk dapatkan efek2 tertentu. Seperti gambar UFO, BigFoot yang jarang jumpa so kita kena Shoot keseluruhan detailnya dan cepat so dalam bab ni subjek ditengah pun tak apa.

Pemilihan Warna
Salah satu ciri gambar yang baik ialah komposisi warna yang baik, warna subjek dengan latarbelakang. Biasanya biar nampak kontra jangan subjek sama dengan latarblakang.


Dalam workshop ini tak banyak ilmu teori fotografi yang saya dapat keranya banyak di fokuskan kepada cara menggunakan D40/X,

Sebagai bonus menghadiri Workshop ini semua peserta telah di ajar cara2 asas untuk shoot portrait. Dan kami bertuah kerana Nikon telah mengupah 4 orang model wanita yang cantik2 untuk menjadi subjek dalam workshop itu.


Secara ringkas dan asasnya seperti berikut:
Cara posing yang betul untuk shoot
Cara shoot yang betul seperti senget 45 darjah, angel yang berbeza.
Lock pada mata model (Half-Shoot)


Berikut adalah aktiviti “hands on” shooting model menggunakan hanya D40/D40x standard lens kit. Model dari ‘SGXFaces', Angela, Evelyn, Syue dan Wendy. Pengajar adalah Andrew dan Sean, manakala Ariff Budiman dan Joe Loon adalah fotografer khas Nikon.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh lihat ke links ini http://www.nikonian.com.my/default.asp?contentID=618

Ini adalah shoot yang berjaya saya ambil hanya dengan D40 standard kit saya:


3 comments:

Anonymous said...

gambar model jer cantik. bila dirujuk dgn En Rosli, dia cakap boleh la..nampaknya banyak lagi nak kena belajat ni..ok next bengkel bulan depan...tajuk kemungkinan tenknik mengambil gambar yang betul..kali ini setiap org wajib bawa kamera masing2 la.

Anonymous said...

tahniah arr...mydy kerana terpilih ke 'Nikon D40/D40X Workshop'...
ahakss..mmg semua model chantek-chantek belaka.

mizan_71 said...

cantik la... dh mcm pro. tapi geramnya aku kat model2 tuu..