Saturday, June 20, 2009

Broga Hill FotoHunt 20 June 2009

Misi ke Broga Hill berjaya dilakukan walaupun semua peserta tidak pernah pergi. Total yag pergi seramai 6 org sahaja. bertolak dari HUKM jam 2.30 pm. Sampai di kaki Bukit Broga hampir jam 4 petang. simpang masuk ke bukit broga tiada papan tanda, cuma laluan kebun kelapa sawit sahaja. Kalau nak cam mudah jer, terdapat gerai jual buah durian di simpang masuk kebun tersebut. Disebabkan tidak pernah pergi. setibanya disana kami memeriksa trek terlebih dahulu. kerana terdapat 2 laluan. Laluan yang pertama adalah trek yang betul. laluan kedua tu sebenarnya trek ke kebun durian. nasib baik tak ikut trek kedua tu. kalau tidak kenyang makan durian jer la. Sampai kepuncak jam 5.30pm. Tapi kami berasa kecewa kerana keindahan bukit broga telah tercemar dengan kesan kebakaran hutan. so misi untuk ambik sunset juga tidak berjaya kerana awan dan jelebu.

dibawah ni adalah antara gambar yang dirakam disana petang tadi.
Bukit Broga sudah hilang cantiknya...kesan kebakaran seminggu yang lepas.

Adik Hilmi(pae) sempat lagi buat jump. nasib baik tak jatuh dari batu tu.
Sunset pun tidak berjaya dirakam kerana jelebu.

Depan kiri : Anuar, adik Hilmi(Pae) dan Izwan
Belakang kiri : Rakan Iszuan, Hamydy dan Hilmi

2 comments:

hilmibaba said...

aiseh man nama asyik salah aje,hilmi, adik aku pae,iszuan(jong ler)IZWAN.takper lain kali kita pergi lagi insyaallah dah tumbuh lalang baru,lagi hijau punya.

fotohukm said...

sori salah eja. aku dah betulkan dah. lain kali kita pegi lagi